12 September 2021

"MASIH DALAM KETAKUTAN..." EINA AZMAN TERUSKAN PENGGAMBARAN MESKIPUN BARU SEMBUH



"Secara jujur saya bimbang bila nak kembali ke set penggambaran. Hati pun tak tenang sangat. Gembira dapat bekerja balik selepas beberapa bulan kita tak bekerja tapi dalam masa sama saya masih dalam ketakutan kerana baru sembuh daripada wabak ini.

"Tapi disebabkan kerja... takkan saya nak biarkan pihak produksi tunggu saya," kata pelakon Eina Azman yang bimbang untuk kembali meneruskan penggambaran drama 'The Hotel' yang terhenti sebelum ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini kerana, dirinya baru sahaja bebas daripada jangkitan wabak. Bagaimanapun, Eina, 26, berkata, dia tetap mengambil keputusan untuk meneruskan penggambaran itu berikutan tidak mahu menyusahkan pihak produksi.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: