Nama Ustaz Ebit Lew sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan selepas video tak senonoh didakwa mirip pendakwah terkenal itu tersebar. Lebih kecoh apabila ada pengguna Twitter mendakwa ada bukti bahawa lelaki di dalam video berkenaan ada pendakwah tersebut.
Terbaru, seorang netizen mendedahkan bukti bahawa video lucah berkenaan adalah palsu dan telah direka atau 'deepfake'. Difahamkan, individu tersebut turut meminta pertolongan rakannya yang lebih arif dalam dunia penyuntingan untuk meneliti video tersebut.
Menerusi satu perkongsian di Facebook Ebit Lew Channel, individu itu turut mengatakan sebelum ini fasilitator dan penganalisis jenayah di Malaysia, Kamal Affendi dalam satu video juga tidak menyebut bahawa video itu adalah palsu atau 'deepfake'.
Apa pun, dalam hal ini, lebih baik kita tunggu pihak berkuasa melakukan tugas mereka.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment