05 September 2021

PERNAFASAN SEMAKIN STABIL - AISHAH MASIH DIRAWAT KERANA JANGKITAN KUMAN



Meskipun dilaporkan semakin stabil, namun penyanyi Aishah masih dirawat di Hospital Ampang kerana jangkitan kuman, selepas pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan).

Perkembangan terkini Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin itu dikongsikan kelab peminatnya menerusi akaun Instagram @aishahfcff_official.

Menurut kenyataan pada hantaran yang dimuat naik Sabtu, Aishah juga masih meneruskan pengambilan antibiotik untuk merawat jangkitan yang dialaminya.

Klik untuk gambar besar



Namun, kesihatan Aishah disahkan bertambah baik dan tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada 30 ogos lalu, Aishah mengesahkan dirinya positif COVID-19, selepas menjalani ujian COVID-19, sehari sebelumnya.

Penyanyi 'Janji Manismu' itu melakukan ujian Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta, dan disarankan doktor untuk segera ke hospital mendapatkan rawatan berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: