05 September 2021

BETTY RAHMAD KONGSI PENGORBANAN ERMA FATIMA JAGA IBU POSITIF COVID



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Betty Rahmad telah berkongsi pengalaman dia dan keluarga diuji apabila ibunya, Asmah Mohd Ali telah disahkan positif COVID-19.

Turut dijangkiti wabak itu adalah pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Teha di mana kedua-duanya telah disahkan positif COVID-19 pada pertengahan bulan Ogos yang lalu. Menurut Betty, kedua-duanya sudah pun pulih seperti sedia kala dan sedang berehat di rumah.

Menerusi kemas kini Instagramnya, Betty turut menceritakan kronologi bagaimana ibu kesayangannya itu dijangkiti COVID-19 serta pengorbanan kakak, Erma Fatima yang berkorban menjaga bonda mereka itu.

Klik untuk gambar besar



"Allahuakbar Alhamdullilah atas kasih sayang ini Ya Allah, hari di mana ibu telah disahkan positif COVID-19, Kak Erma terus kosongkan rumah hantar anak-anak ke rumah lain dan meminta kami hantar mak ke rumah dia. Dialah yang masakkan mak, mandikan mak. Bagi ubat serta vitamin dan memaklumkan kami adik beradik dengan video-video ini dalam group Whatsapp.

Menganggap kakaknya itu sebagai figura luar biasa, Betty memaklumkan bahawa mereka sekeluarga terpaksa 'berpura-pura' kuat demi ibu mereka. Erma juga dilaporkan membuat pemeriksaan COVID-19 untuk dirinya pada setiap malam sepanjang menjaga ibu namun dilindungi Allah S.W.T.

Pelakon drama 'Adam dan Hawa' ini berharap perkongsiannya itu dapat memberi sedikit manfaat kepada mereka yang membacanya: "Ternyata ia bukan mudah. Kuatkan mental dan percaya segalanya daripada Allah. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami," tulisnya lagi.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: