01 September 2021

PERNAH KEMALANGAN - NAD ZAINAL 'SERIK' MEMANDU



Pernah terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika dalam perjalanan ke Anugerah Lawak Warna, pelakon Nad Zainal memberitahu semenjak daripada peristiwa itu, dia 'serik' untuk memandu kereta.

Menurut Nad, dia tidak akan memandu kereta lagi sepanjang hidupnya itu bukan kerana tidak memiliki lesen memandu, tetapi mengalami mimpi ngeri mengenai peristiwa tersebut.

Kenangan pahit itu dikongsi pelakon drama 'Takdir Yang Tertulis' ini di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat. Kata Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, sebelum ini dia berasa sangat yakin untuk memandu sendiri.

Klik untuk gambar besar



"Masa ini baru beli kereta, 2014 tak silap, masih lagi berkeyakinan bawa kereta, siap boleh makan ice cream jagung sambil memandu, hebat betul! Dari Ampang-Kuala Selangot tiap pagi drive seorang diri ke set drama Antidot.

Untuk makluman, Nad Zainal merupakan bekas pelajar Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan mula menceburi bidang lakonan sejak tahun 2008 ketika usianya baru 18 tahun.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: