21 September 2021

RAMLAH RAM MOHON DOA, IBU & ADIK DIJANGKITI WABAK



"Saya hamba yang tidak berdaya ini memohon bantuan semua. Tolong doakan mak dan juga adik saya, Shafiei cepat sembuh. Mohon semua keluarga saya di Kluang, Johor dijauhkan daripada penyakit ini. Baru semalam (ibu dan adik) disahkan positif Covid," tulis penyanyi Ramlah Ram menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Ramlah memohon doa orang ramai selepas ibu dan adiknya disahkan positif virus Covid-19 kelmarin. Berita tersebut dikongsikan Ramlah, 56, menerusi satu status dalam Instagram miliknya sebentar tadi.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Selamat Jalan Romeo' itu juga meluahkan rasa bimbang terhadap tahap kesihatan ibunya. Hal ini kerana, menurut Ramlah, ibunya yang bernama Ne telah mencecah usia 80 tahun.

Klik untuk gambar besar



"Saya tengah tidak tahu hendak buat apa lagi, hanya mampu berdoa pada Allah. Saya amat risaukan keadaan mak dengan umur sudah mencecah 80 tahun.

"Sekali lagi, mohon tolong doakan kesembuhan mak dan adik saya. Semoga Allah akan membalas jasa baik kalian berlipat kali ganda. Amin," kata Ramlah lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: