21 September 2021

SAJAT KINI BELLA - POLIS SIASAT SIAPA BANTU LOLOS



"Dia naik 'tocang' juga sebab dibantu negara tertentu dan pihak UNHCR di Thailand. Biarpun dalam proses pemantauan pihak imigresen negara itu yang mana dia perlu melaporkan diri setiap 14 hari, tetapi Nur Sajat dilaporkan aktif beraktiviti di negara itu selepas dibebaskan dari tahanan.

"Kebanyakan aktiviti dilakukannya di dalam kondominium mewah itu. Sesekali kita dapat laporan Nur Sajat keluar bersama rakan-rakan yang membantu dan melindunginya," demikianlah kata sumber yang memaklumkan usahawan kosmetik, Sajat kini 'berlagak' dengan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok.

Bukan itu sahaja, malah Sajat kini menggunakan nama popular terbarunya iaitu Bella, selepas berjaya melarikan diri ke Bangkok, Thailand. Nama glamor itu terkenal dalam kalangan rakannya yang juga dilaporkan berperwatakan seperti Nur Sajat.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sebelum ini menggunakan pembantunya di Malaysia untuk mengelirukan pihak berkuasa yang memburunya selepas gagal hadir ke mahkamah di Shah Alam, Selangor.

"Dia gunakan pembantu untuk muat naik statusnya di Instagram konon ada di Danga Bay, Johor pada 28 Ogos lalu. Dia sangat licik, perkongsiannya itu kemudian dipetik portal media. Kita percaya itu hanya tindakannya untuk mencabar pihak berkuasa negara ini kerana kita sudah dapat maklumat dia lolos ke Thailand pada awal Mac lalu," ujarnya.

Sementara itu, polis kini sedang menyiasat dakwaan terdapat individu yang membantu Sajat sehingga usahawan kosmetik itu berjaya meloloskan diri ke Thailand. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, jika benar terdapat maklumat mengatakan dia dibantu individu bagi membolehkan dirinya berjaya bolos hingga ke Thailand, pihak polis akan menjalankan siasatan.


Menurutnya, siasatan dan maklumat itu nanti juga akan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menentukan kaedah supaya sempadan tidak mudah dibolosi. Abd Jalil berkata, walau sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga seperti yang berlaku ke atas Sajat.

"Kita tidak mahu lagi kejadian yang berlaku kepada Nur Sajat yang berjaya bolos di sempadan negara bolos (berulang) lagi. Jadi hasil siasatan dan maklumat itu akan diberi kepada pihak berkuasa di sempadan bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Dia sudah dituduh oleh pihak berkuasa Thailand atas akta imigresen namun dia memohon taraf pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka sedang berusaha membolehkan dia (Nur Sajat) dianggap pelarian di Thailand," maklumnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: