11 September 2021

SELAMAT BERTUNANG - EWAL & ADIK RODY KRISTAL RANCANG KAHWIN AKHIR TAHUN



"Perasaan sangat bersyukur dan teruja rasa lain. Alhamduillah semua berjalan lancar. Sebab kita masuk ke fasa yang lebih matang untuk mengemudi satu nakhoda yang besar. Jadi ombak badai tu kena get ready la.

"InsyaAllah kalau betul caranya akan menjamin kebahagiaan di masa akan datang," kata penyanyi Ewal yang kini sudah selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Nur Syuhada Baharuddin pada Jumaat, selepas empat bulan menjalin hubungan cinta.

Ewal atau nama sebenarnya Ikhwan Hafiz Ismail, 29, bersyukur apabila majlis yang dirancang berjalan dengan lancar mengikut prosedur operasi standard SOP yang ditetapkan. Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga Ewal dan Nur Syuhada, 33, dengan SOP ketat.

Klik untuk gambar besar



Ujar Ewal, majlis dilangsungkan di rumah Rody Kristal iaitu abang kandung kepada Nur Syuhada di Balakong, Selangor. Tambah Ewal, mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan hujung tahun ini jika diberikan rezeki awal.

"Untuk majlis betul-betul family sahaja yang datang tidak melebihi 10 orang. Hanya keluarga saya dan Adda (Nur Syuhada). Cadangan kahwin dalam tahun ni tapi tengok sekiranya tiada aral melintang jika ada rezeki.

"Kalau tak ada rezeki kita akan cari tarikh yang betul-betul sesuai sebab sekarang pun dalam keadaan pandemik ni kita tak boleh nak jangka. Sekarang banyak benda tak boleh buat. Lebih baik selesaikan semua benda wajib dulu lepas itu baru plan buat majlis," ujarnya.


















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: