19 September 2021

SHARNAAZ DAH PUTUS DENGAN AZIRA SHAFINAZ, 'TRY' FIFY AZMI PULA?



Semua mengetahui mengenai gosip pelakon Sharnaaz Ahmad dengan penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz yang didakwa sedang bercinta. Namun terkini, ketika dia bersiaran di Instagram bersama rakan artis yang lain iaitu pelakon Shukri Yahaya, Hairul Azreen dan Zizan Razak, tiba-tiba sahaja muncul dakwaan bahawa Sharnaaz kini sedang 'mengorat' pelakon Fify Azmi.

Di ruangan komen IG Live tersebut, rata-rata peminat meninggalkan komen menyebut nama Fify malah pelakon wanita itu turut dikatakan sedang menonton Live tersebut. Meskipun Sharnaaz tidak menyebut nama mana-mana selebriti, namun peminat seolah sudah dapat menekanya.

Sementara itu, menerusi Instagram Fify, pelakon drama 'Ratu Ten Pin' ini memuat naik gambar dirinya serta kapsyen seolah memberi bayangan mengenai dakwaan tersebut.

Susulan dakwaan tersebut, ramai peminat tertanya-tanya mengenai gosip Sharnaaz yang kononnya bercinta dengan Azira.

Jika benar mereka menjalin hubungan cinta kami doakan yang baik-baik sahaja dan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: