30 September 2021

TASHA DISURUH DOKTOR BANYAKKAN POSISI SUJUD, BAYI MASIH KEADAAN SONSANG



Penyanyi Tasha Manshahar menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi perkembangan terkini kandungannya selepas membuat pemeriksaan bulanan bersama pihak doktor. Dalam hantaran tersebut, Tasha meluahkan rasa amat bersyukur kerana kandungannya itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Manshahar berkata, saiz bayi kedua ini difahamkan agak sedikit kecil jika hendak dibandingkan ketika dia mengandungkan anak sulungnya.

Bagaimanapun, Tasha memaklumkan dia perlu perbanyakkan melakukan aktiviti regangan memandangkan kedudukan bayi di dalam kandungannya masih berada dalam keadaan sonsang.

"Alhamdulillah settle monthly checkup. Alhamdulillah kalini saiz baby tak sebesar masa scan Muammar dulu. Air ketuban pun normal (dulu terlebih. berenang2 kawan dkt dalam perut). Gula pun okay. HB pun cantik. Syukur Alhamdulillah.

Klik untuk gambar besar



"Cuma tu lah, baby breech lagi Doktor kata jumpa lg 3 minggu. Hopefully by that time baby dah pusing. Doktor kata banyakkan buat position sujud tu and doa. Siapa ada tips pusingkan baby yang breech (songsang) lagi please share tauuu," katanya.

Khabar perkembangan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata tumpang gembira selain berharap agar penyanyi itu serta anak dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan baik.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: