31 October 2021

BAPA ANZALNA NASIR SAH CEO BAHARU FINAS, BERKUAT KUASA ESOK



Bapa kepada pelakon Anzalna Nasir iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim telah secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa esok sehingga 30 Oktober 2023.

Perkara tersebut diumumkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Pelantikan Dr Md Nasir bagi menggantikan bekas CEO FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang meletakkan jawatan dan mengakhiri tugas berkuatkuasa pada 15 Oktober lalu.

Mengesahkannya, Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dalam satu kenyataan berkata, Dr Md Nasir berpengalaman luas dan ketokohan dalam bidang pengurusan industri kreatif serta pembangunan polisi, tadbir urus dan pendidikan dalam seni budaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"KKMM yakin kepakaran dan pengalaman luas Dr Md Nasir dalam bidang industri kreatif, khususnya seni budaya mampu memacu FINAS sebagai badan peneraju untuk menggalak, memelihara dan menyumbang kepada kemajuan industri perfileman negara.

Klik untuk gambar besar



"Saya percaya sinergi antara beliau dan Ahli-Ahli Perbadanan FINAS akan terus memantapkan hala tuju, perancangan dan pelaksanaan yang lebih komprehensif bagi melonjakkan industri filem serta ekonomi kreatif di peringkat tempatan serta antarabangsa," katanya.

Dr Md Nasir, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Seni dari Universiti Tasmania, Australia pada 2008 dan Pasca Kedoktoran dalam bidang yang sama dari Universiti Sheffield Halam, United Kingdom pada 2014.

"Kecemerlangannya juga terbukti apabila menggalas tanggungjawab termasuklah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik di Akademi Seni dan Warisan Budaya (ASWARA) dan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: