31 October 2021

"TILL WE MEET AGAIN OK IVY" - ARIFF BAHRAN SAYU KUCING KESAYANGAN TERJATUH DARI TINGKAT 10



"Ivy 2020-2021. Rest well babygirl. I love you forever Ivy. Till we meet again ok Ivy," demikian tulis penyanyi Ariff Bahran yang khabarnya baru sahaja kehilangan kucing kesayangan yang diberi nama Ivy, baru-baru ini.

Difahamkan, kucing bekas peserta program Big Stage musim pertama itu dikatakan jatuh dari tingkat 10 kediaman kawannya lalu mati sebelum sempat penyanyi itu bertemu buat kali terakhir.

Berita sedih itu turut dikongsi penyanyi lagi 'Kata Akhirmu' ini di ruangan Instagram untuk tatapan peminat.

"Mengenali Ivy, dia sangatlah aktif. Lompat sana sini pantang nampak pintu terbuka. Saya hubungi kawan saya 10 minit sebelum sampai.

Klik untuk gambar besar



"Ivy tiba-tiba meloncat keluar, ketika itu kawan saya membuka tingkap rumah untuk biar angin masuk. Tingkap itu dari tingkat 10. Tak sempat nak jumpa Ivy. Saya minta maaf," katanya yang membela Ivy sejak setahun lalu.

Jelas Ariff, kucingnya yang merupakan daripada baka Ragdoll ini dihantar ke kediaman berkenaan kerana tujuan 'mating' dengan kucing milik kawannya itu.

Menganggap ia tragedi pahit sepanjang beberapa minggu kali ini, Ariff dilihat menerima ucapan takziah daripada peminat dan juga pengikut media sosialnya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: