31 October 2021

DOLLA BERJAYA KUMPUL RM26,632 MENERUSI KONSERT AMAL



Kumpulan Dolla yang dianggotai Wan Sabrina Wan Rusli atau Sabronzo; Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying (Angel); dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) itu semalam telah berjaya mengumpul RM26,632 sepanjang siaran langsungnya di acara amal, Konsert Stay Strong Malaysia.

Dolla menzahirkan rasa terharu dengan sokongan hebat itu, selain mengakui sangat merindukan untuk bertemu peminat dan berharap mereka dapat bertemu peminat secara fizikal sebaik keadaan semasa kembali pulih nanti.

"Kami sangat rindu untuk bertemu peminat. Semoga kami dapat bertemu mereka secara fizikal sebaik keadaan semasa kembali pulih nanti. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami pada konsert ini. Segala bentuk sokongan anda memang sangat kami hargai," katanya.

Klik untuk gambar besar



Konsert maya terbabit dipancarkan secara langsung dari sebuah lokasi tertutup oleh produksi Hitman Group. Dolla tampil bertenaga menerusi persembahan beberapa lagu hit mereka. Antaranya 'Berani', 'Impikan', 'Know Me Too Well', 'Dolla Make You Wanna' dan 'Peaches'.

Konsert terbabit bukan saja dianjurkan untuk menghibur tetapi juga bagi mengumpul dana bagi petugas barisan hadapan pada masa penuh mencabar ini. Penonton dapat menderma secara pindahan tunai atau cek sepanjang konsert itu.

Kutipan 100 peratus menerusi sumbangan itu disalurkan untuk membeli bekalan perubatan hospital-hospital dan masih diteruskan sehingga 11 November dengan sasaran mencapai RM50,000.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: