13 October 2021

BILA NIEZAM ZAIDI TERIMA KATA SEMANGAT DARIPADA RAKAN ARTIS



Semua sedia maklum mengenai kes dadah yang melibatkan pelakon Niezam Zaidi baru-baru ini yang hangat diperkatakan. Dek kerana itu, Niezam menerusi laman Instagram telah memuat naik satu perkongsian.

Menerusi entri itu, Niezam memohon maaf seandainya ada salah silap, Niezam berkata buat masa ini dia menyimpan komen mengenai isu terpalit serta berterima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya.

Perkongsian Niezam itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan rakan-rakan artis yang tampil memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu serta mendoakan dipermudahkan segala urusan.

Klik untuk gambar besar



Semalam, Niezam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, hari ini atas tuduhan memiliki dadah. Berdasarkan pertuduhan, Niezam didapati memiliki 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Niezam yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: