"Sekarang keadaan saya agak teruk juga sebab kepala tengah pening dan tak berhenti muntah. Pukul 4 pagi tadi saya dimasukkan ke wad. Badan saya mula tak sihat sejak Jumaat lalu tapi lama-kelamaan keadaan semakin teruk dan ambil keputusan untuk pergi ke hospital.
"Saya mengalami demam denggi tahap berbahaya sehingga menganggu hati dan jantung saya," kata penyanyi rap yang juga ahli kumpulan K-Clique iaitu Noki yang memaklumkan dia dimasukkan ke Hospital Shah Alam sekitar kira-kira pukul 4 pagi, Rabu selepas mengalami demam yang teruk.
Mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji berkata, dia disahkan mengalami demam denggi tahap berbahaya. Menurut penyanyi berusia 27 tahun ini, keadaan kesihatannya kini semakin teruk sehingga menganggu hati dan jantung.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, menerusi laman Instagram Noki telah berkongsi foto dia sedang terlantar sakit di sebuah hospital dan berharap orang ramai mendoakan kesembuhannya.
Noki turut memberitahu suhu badannya naik sehingga 39 darjah celsius dan bacaan platelet darah pula mencatatkan penurunan daripada bacaan normal.
"Keadaan saya sekarang demam denggi tahap berbahaya. Doakan kesihatan saya. Semoga Allah lindungi kita semua daripada segala penyakit," ujarnya yang menerima komen dimana rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mendoakan agar penyanyi lagu 'Gila' itu diberikan kesembuhan cepat.
________________________

No comments:
Post a Comment