08 October 2021

BILA ZIZI KIRANA DILARANG SUAMI BUAT KERJA-KERJA BERAT



Sedang bahagia melayari bahtera alam rumah tangga selepas tiga minggu bergelar pasangan suami isteri, penyanyi Zizi Kirana mendedahkan Yusuf Bahrin mempunyai cara tersendiri dalam menyantuninya sebagai isteri.

Kata Zizi lagi menerusi sesi temubual bersama stesen radio Singapura, Ria 897i, sebelum ini dia tinggal seorang dan sudah terbiasa melakukan semua kerja-kerja sendiri.

"Dia tak bagi saya buat kerja berat-berat..katanya tak payah. Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang. Jadi, saya pula rasa tak biasa. Saya sebelum ini pun tinggal seorang, jadi dah terbiasa buat sendiri semuanya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Ditanya mengenai siapa yang lebih cerewet menguruskan rumah tangga, Yusuf berkata isterinya seorang yang lebih rapi dalam memastikan rumah dalam keadaan terurus.

"Saya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang ‘sakit mata’ bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula..," ujar Yusuf.

Terdahulu, Zizi mengejutkan ramai apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan Yusuf pada 19 September lalu dalam majlis ringkas di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: