12 October 2021

ENGGAN KOMEN ISU DADAH - NIEZAM ZAIDI MOHON MAAF



"Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua, saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu comment sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM, whatsapp, call dan sebagainya.

"Alhamdulillah, syukur pada ALLAH diatas apa yang terjadi & jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini, semoga ALLAH merahmati kalian.

"Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa comment mengenai isu ini. Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati, amin," demikian tulis pelakon Niezam Zaidi menerusi muat naik terkini di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Niezam yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, hari ini atas tuduhan memiliki dadah itu menganggap ada hikmah tersendiri di atas apa yang berlaku.

Berdasarkan pertuduhan, Niezam didapati memiliki 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Niezam yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: