12 October 2021

"HANYA TOLONG, BUKAN SAYA YANG B*GEL... REVIU HANYA SEKADAR KERJA" - RAJA AFIQ



"Saya hanya mahu menolong penjual tersebut mendapatkan jualan. Lagipun bukan saya yang berbogel. Saya hanya fikir, reviu sekadar kerja dan video," itulah kata pelakon Raja Afiq yang mengakui masih menerima tawaran dan memuat naik video reviu berbaur lucah dan keterlaluan dalam Instagramnya.

Ini kerana kata Raja Afiq, dia hanya mahu menolong video promosi penjual tersebut mendapatkan jualan, meskipun sedar dengan kecaman yang diterimanya.

Nampaknya Raja Afiq seakan-akan tidak serik dikecam netizen gara-gara menggunakan video berbaur lucah untuk mempromosikan produk menegangkan aset wanita dalam Instagramnya.

Klik untuk gambar besar



Oleh kerana Raja Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 27, tidak menjaga sensitiviti dan ini bukanlah kejadian yang pertama, dia dituduh sengkek oleh netizen.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Neraka Kasih Maisarah' itu berkata reviu video yang dimuat naik pada Jumaat lalu adalah reviu terakhir untuk produk berunsur lucah.

Apa pun, semoga Raja Afiq ambil perkara ini sebagai pengajaran dan tidak mengulanginya lagi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: