10 October 2021

FIZZ BENGANG PRODUKSI POSITIF BUAT-BUAT DIAM: "TAK BAGI SHOOTING KO MENGAMUK... AND NOW"



"Production house mana buat hal? Team positif lari balik KL? Kan aku dah cakap, mesti ada yang tidak jujur, ada yang pentingkan diri sendiri. Tak bagi shooting kau mengamuk, bising, tidak boleh cari makan. Dan sekarang team shooting kantoi lari dari set, sebab positif balik KL," luah pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi hantaran di Instagram Stories.

Fizz meluahkan rasa bengang apabila ada produksi yang sengaja mendiamkan kes positif membabitkan kru sendiri seperti yang tular sejak semalam. Kata Fizz, kelonggaran yang diberikan itu telah disalahguna dengan cara tidak betul hingga boleh merisikokan keseluruhan industri seni.

Fizz turut mempersoalkan tindakan pihak Finas berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan itu. Sepatutnya, pihak berkenaan perlu memeriksa Sijil Perakuan Pengambaran (SPP) dan kelengkapan 2 dos vaksin adalah wajib sebelum memulakan pengambaran.

Klik untuk gambar besar



Mulai 9 September 2021, semua penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk kembali melakukan shooting bagi negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kebenaran itu membabitkan beberapa aktiviti termasuk pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: