01 October 2021

IBU ALI PUTEH & ALLAHYARHAM ABAM BOCEY KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Assalamualaikum..mak sy telah pergi mengadap ilahi..doakan buat mak sy ye semua..mak jumpa abang disana ye..," kongsi Ali Puteh dengan nada sedih apabila ibunya meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam {Khamis).

Allahyarham Sabariah Arshad, menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira jam 11.54 malam semalam.

"Ali dan adik lelakinya sedang menuju ke hospital untuk urusan membawa jenazah pulang ke rumah, manakala kakak dan isteri Ali tinggal di rumah untuk menguruskan apa yang patut.

"Urusan lain seperti memandikan jenazah dan pengebumian belum diketahui infanya," ujar seorang wakil keluarga tersebut ketika dihubungi media

Untuk info, Allahyarham pada Disember tahun lalu pernah dimasukkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Takziah diucapkan..!

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: