01 October 2021

SELEPAS HAMPIR 2 BULAN - WAJAH AYASH AFFAN AKHIRNYA DIDEDAHKAN



"Assalammualaikum, Nama Sy AYASH AFFAN BIN SHAHMIRA. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya 😊 #AYASHAFFAN," demikianlah kapsyen yang ditulis pelawak Shuib Sepahtu pada sebuah video dimana dia akhirnya mendedahkan wajah anak bongsunya, Ayash Affan, setelah hampir dua bulan dilahirkan iaitu pada 6 Ogos lalu.

Menerusi video yang dikongsikan, Shuib memaparkan anak lelakinya itu sedang tidur di katil. Dalam masa sama, Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan buat anaknya sepanjang dua bulan ini.

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang teruja apabila akhirnya dapat melihat wajah anak keempat Shuib dan Allahyarham Siti Sarah.

Klik untuk gambr besar



Tidak kurang juga, ramai yang sebak apabila melihat hadiah istimewa terakhir daripada arwah Siti Sarah itu serta mendoakan Ayash menjadi anak yang soleh.

Terdahulu, Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19.


































 
KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: