30 October 2021

NAMA 'DIPETIK' - EIZLAN YUSOF ENGGAN MASUK CAMPUR ISU RAFIENA & ZIZI



Berhubung isu dakwaan pelanggaran kontrak penyanyi Zizi Kirana dengan Datuk Rafiena, nama pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof turut 'dipetik'. Eizlan, 50, yang sepatutnya menjadi pengarah drama berkenaan berkata, Rafiena sudah dimaklumkan mengenai hasrat Zizi untuk menutup aurat menjelang Ramadan dan diminta untuk memulakan penggambaran mengikut keselesaan penyanyi itu.

"Memang Rafiena sudah tahu mengenai hasrat Zizi untuk bertudung sebelum masuk bulan puasa, malah saya juga sudah diajukan sama ada boleh melangsaikan penggambaran sebelum Ramadan. Jika diikutkan, memang saya yang seharusnya menjadi pengarah kepada drama terbabit.

"Malah, saya pun sudah berbincang dengan penolong pengarah untuk menyusun jadual penggambaran. Hasil perbincangan berkenaan, penggambaran seharusnya selesai beberapa sebelum masuk bulan Ramadan," jelasnya.

Bagaimanapun, Eizlan enggan mengulas kenapa dia tidak meneruskan tugas sebagai pengarah untuk drama itu. Eizlan berkata, dia hanya tahu mengenai isu itu ketika di peringkat awal saja iaitu ketika dia ditawarkan menjadi pengarah drama itu.

"Saya tak nak komen isu membabitkan pelanggaran kontrak antara Zizi dan Rafiena. Apa yang boleh saya ceritakan hanya berkaitan perancangan awal ketika saya ditawarkan menjadi pengarah drama itu. Saya hanya beritahu perkara yang terjadi saja. Saya tidak mengenali Zizi secara peribadi, manakala Rafiena pula memang kami sudah berkawan lama.

"Saya tak berpihak kepada sesiapa. Selepas saya sudah tak terbabit lagi dengan projek itu, saya tak ambil tahu apa-apa perbincangan yang membabitkan mereka," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: