29 October 2021

RYZAL MINTA HORMATI MARYAM BERPANTANG: "BUDAYA & WARISAN KOREA MASIH MILIKNYA WALAUPUN MUSLIMAH..."



"Assalamualaikum warahmatullah. Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti. Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.

"Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari @natalismothercare yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia.

"Kalau budaya pantang Melayu itu wajib utk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun, Eropah akan kena ikut juga? Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum. Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru.

Klik untuk gambar besar



"Saya minta Hajjah, Makcik, Akak serta semua disini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya. Terima kasih," demikianlah tulis personaliti media sosial yang popular dengan saluran Duriankimchi, Ryzal Ibrahim menerusi laman Instagram miliknya dimana dia tampil menjelaskan tentang isu berpantang isterinya, Maryam You Narae.

Maryam sebelum ini banyak menerima komen-komen kurang menyenangkan yang rata-ratanya mempersoalkan tentang caranya berpantang. Ryzal dan Maryam baru sahaja menerima cahaya mata perempuan yang diberi nama Rina.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: