29 October 2021

TUNAI UMRAH SEORANG DIRI - YATT HAMZAH RASA BERAT TINGGALKAN ANAK-ANAK



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Yatt Hamzah telah meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah, namun kali ini hanya seorang diri tanpa suami tercinta dan anak-anak.

Melihat pada hantaran tersebut, Yatt mengakui berat untuk meninggalkan anak-anak. Bagaimanapun, Yatt tidak memaklumkan sebab suaminya tidak mengikut serta.

Dalam pada itu, Yatt berkata, dia tekad untuk mengerjakan umrah seorang diri kerana demi Rasulullah dia sanggup berkorban. Yatt turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu serta memudahkan urusannya mengerjakan ibadah umrah.

"Ya Allah Kau Maha Baik. Terima kasih masih terima aku yang hina penuh dosa ini menjadi tetamu MU lagi. Mohon doa kalian semua followers yang baik hati. Bonda ini Umrah seorang diri kali ini tanpa suami dan anak-anak.

Klik untuk gambar besar



"Beratnya nak tinggalkan anak, Allah sahaja yang MAHA TAHU. Namun demi Rasulullah ku rela berkorban. Ya Allah kuatkan aku. Semoga beroleh Umrah Mabrurah.. Ameen Ya Rabb. Terima kasih para staff KLIA Airport berhad atas bantuan memudahkan urusan kami. Rabbi Yassir Walatuassir..

"Ya Allah aku tinggalkan anak-anak ku di bawah pengawasan dan jagaan MU wahai YANG MAHA MEMELIHARA LAGI MAHA BERKUASA. Pertama kali berpisah lama dengan anak-anak dan paling sakit adalah terpaksa tinggalkan baby Zubayr yang baru 3 bulan masih menyusu badan.

"Wallahi tak mudah. Bonda tak kuat. Tapi In shaa Allah jagaan Allah yang paling terbaik. Anak-anak Bonda pergi sekejap je jumpa Rasulullah SAW. Jaga diri baik-baik ya. Dengar cakap Abah dan Kakak Nia. Kakak @suci.hananiamalikaam Bonda amanahkan akak 4 orang adikmu ya. Jangan garang-garang tau..," tulisnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: