08 November 2021

BAKAL BERKAHWIN - PUTERI AISHAH TERUJA TAMATKAN ZAMAN SOLO



"Melihat kembali pada persiapan majlis perkahwinan, sudah hampir 80 peratus siap.

"Kalau boleh, kami mahu perkahwinan disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak memandangkan masih ada majlis perkahwinan yang dilangsungkan secara maya.

Demikian pengakuan pelakon Puteri Aishah, yang bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dalam bulan ini.

"Selain itu, saya juga tidak berniat untuk merahsiakan tarikh perkahwinan dan identiti bakal suami. Siapa yang tahu, tahulah. Tetapi selebihnya, saya akan kongsikan pada hari pernikahan nanti," tambahnya.

Menurut Aishah, bakal suaminya itu dikenali sekitar dua tahun lalu. Dia akui teruja untuk melangkah ke fasa perkahwinan selepas mengenali hati budi jejaka itu.

Klik untuk gambar besar



"Sejujurnya, saya berasa sangat bersyukur kerana bakal suami menyokong karier seni selepas bernikah. Dalam masa yang sama, kami juga masing-masing kuat bekerja dan kami rasa kami tidak mempunyai masalah untuk hal itu.

"Selain itu, bakal suami juga selalu memberikan galakan terhadap apa yang saya buat dan tidak pernah melarang saya untuk terus berkarya dalam dunia lakonan.

"Saya berharap peminat dapat mendoakan majlis perkahwinan saya nanti berjalan dengan lancar. Insya-Allah, kami akan menjalankan acara perkahwinan tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam serba sederhana," ujar Puteri Aishah dipetik sebagai berkata.






Foto: IG Puteri Aishah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: