16 November 2021

FIDA SEBAK, REDA KEGUGURAN: "SESUATU BERBENTUK PEJAL KELUAR"



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon dan usahawan Rafidah Ibrahim atau Fida telah meluahkan rasa sedih apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian selepas dia mengalami keguguran.

"Assalamualaikum warahmatullah... Kehilangan bagi pasangan yg baru mendirikan rumahtangga mahupun yang telah lama menantikan cahaya mata adalah suatu perkara yg amat menyedihkan. Begitu juga buat saya & suami. Tapi sebagai hambaNya, apalah daya kita untuk menolak takdirNya.

"Pilihan pertama itu pilihan kami, manakala pilihan kedua itu adalah daripada Allah s.w.t. Sudah tentulah sang pencipta lebih mengetahui yg terbaik buat kami. Sedikit perkongsian yang ingin saya lakukan walaupun saya yakin ramai lagi para wanita & para ibu di luar sana yg diuji jauh lebih hebat.

"Pada hari Isnin baru-baru ini saya telah ke hospital untuk membuat pemeriksaan atas sebab pendarahan yg berlaku, pada hari yg sama saya telah diberikan temujanji lagi 2 minggu untuk pemeriksaan pada perubahan kantung yg ada, tapi selang beberapa hari, pada hari Rabu tanggal 10hb Nov, saya kembali semula ke hospital untuk memberitahu bahawa pada malam sebelum itu sesuatu (berbentuk pejal) telah keluar ketika saya berhadas kecil.

Klik untuk gambar besar



"Hari Rabu itu saya ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya doktor terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran. Saya yakin setiap ujian dan ketentuan yg datang daripada Allah s.w.t itu adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan dalam kehidupan saya dan suami dalam berkeluarga.

"Alhamdulillah kami bersyukur dengan nikmat kegembiraan yg dipinjamkan sementara itu. Pastinya perancangan Allah buat kami itu jauh lebih baik. Saya yakin, jika saya mampu melalui ujian ini dengan sabar, ramai juga wanita hebat di luar sana boleh. Semoga Allah s.w.t merahmati setiap kaum wanita yg sedang menghadapi ujian yg dilalui dengan sabar," tulisnya.

Untuk makluman, Fida telah mendirikan rumah tangga bersama bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib pada 5 Mei lalu selepas 10 tahun berkenalan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: