Semua mengetahui mengenai kes Da'i Syed yang sebelum ini hangat diperkatakan apabila dia ditahan pada 27 November tahun lalu selepas seorang wanita membuat laporan polis didakwa dirogol pendakwah selebriti yang juga bergelar penyanyi itu.
Dalam pada itu, Syed berkata dia terpaksa menukar penampilan diri dan gaya untuk meneruskan hidup dan kini perlahan-lahan lari dari kemurungan dengan mendekatkan diri kepada Allah.
"Saya simpan jambang pun, orang cakap muka saya macam Wukong (watak animasi monyet). Saya berdoa kepada Allah SWT agar Dia tenangkan hati dan jiwa kita supaya diberikan kebahagian dalam hati. Benda ini pun (masalah kemurungan) datang daripada Allah dan sembuh pun atas rela-Nya," katanya.
Klik untuk gambar besar
Berdepan beberapa kontroversi sejak tahun lalu, Da'i Syed mengakui ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada mental serta mengalami kemurungan. Berikutan itu juga, dia mudah sedih serta takut untuk berjumpa dengan orang luar setiap kali memikirkan pandangan mereka terhadap dirinya.
"Saya berdepan tekanan perasaan dan jiwa dan antara yang saya hadapi termasuklah senang menjadi sedih dan trauma. Terutama apabila saya tertengok gambar masa pakai baju 'kurta hijau' (waktu ditahan polis). Saya rasa sedih dan 'down'.
"Saya menangis seorang diri dan rasa macam nak menjerit, 'overthinking' (fikir sesuatu berlebihan). Ada waktu juga, saya rasa takut nak berjumpa orang luar sebab fikirkan pandangan orang terhadap saya. Dua bulan saya 'kurung diri'di rumah," ujarnya.
________________________

No comments:
Post a Comment