16 November 2021

32 TAHUN MENUNGGU - DATUK ROSYAM NOR AKHIRNYA DAPAT CUCU 'HERO'



“Alhamdulillah, lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurnianMu. Hasil perkahwinan aku, dikurniakan lima anak perempuan, Alhamdulillah.

“Hasil perkahwinan anak sulung, Arniesha Azureen dikurniakan tiga cucu perempuan. Alhamdulillah. Proses panjang selama 32 tahun tunggu sang hero.

“Semalam anak aku Anis selamat melahirkan cucu lelaki! Yeay! Apa nama nak letak ni?,” kongsi pelakon Datuk Rosyam Nor, meluahkan rasa gembira dengan kelahiran cucu keempat dari anak perempuannya yang kedua, Nur Anis.

Untuk info, bayi lelaki seberat 2.81 kilogram itu selamat dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra, Seri Kembangan Selangor pada petang Isnin.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: