17 November 2021

GENAP 100 HARI - SHUIB AKUI SUKAR 'MOVE ON', TAK KISAH ORANG KATA APA



"Hari ini (semalam) genap 100 hari pemergian isteri. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh 'move on' dan senang menangis apabila teringat dia. Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini.

"Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak 'move on', tapi perasaan saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia. Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada saja. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Menang sedihlah. Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi.

"Ya, saya kurang makan sebab tak ada selera. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, pada pukul 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang, makan bila lapar saja, itu yang badan susut sikit. Susut dan hitam sebab saya akan main golf untuk lupakan sekejap pasal Sarah, tapi bila balik rumah, tetap teringat," demikianlah tutur pelawak Shuib Sepahtu yang mengakui dirinya sering terganggu sejak pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Shuib enggan menghiraukan skeptikal segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya terus membuat perkongsian tentang arwah isterinya dalam media sosial. Shuib menjelaskan, media sosial bukan sekadar tempat meluahkan perasaan, bahkan platform yang boleh meneruskan doa-doa baik buat seseorang, khususnya insan tersayang.

Klik untuk gambar besar



"Semua orang ada kehidupan masing-masing sebab media sosial bukan tempat untuk meluahkan perasaan semata-mata. Kadang-kadang saya terfikir juga, mungkin menerusi perkongsian itu orang baca dan akan sampai lagi doa-doa dan al-Fatihah untuk dia. Kalau orang kata saya tak boleh move on dengan pemergian Siti Sarah, saya pun tak boleh nak kata apa.

"Saya pun tak tahu bila saya akan move on atau tidak. Biarlah orang nak cakap apa. Anak-anak okey cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh 'move on' dan senang menangis apabila teringat dia," ujar Shuib.

Malam semalam, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, telah mengadakan majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan yang berusia tiga bulan dan tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah yang diadakan di dewan tempat tinggal mereka.



Sementara itu, bapa mertua Shuib, Raisuddin Hamzah berkata, pada hari ke-100 pemergian Siti Sarah, dia sekali lagi menunaikan tanggungjawab sebagai bapa dengan meletakkan batu nesan ke pusara satu-satunya anak perempuannya itu.

"Pagi tadi (semalam), saya selesaikan memasang batu nisan ke pusara dia. Kalau orang kampung, kita panggil 'turunkan batu'. Semasa tengok nama Siti Sarah di batu nisan, saya rasa macam tak percaya. Rasanya, patutnya terbalik, patutnya anak yang pasang batu nisan untuk ayah. Tapi itulah hakikatnya dan saya reda," ujar Raisuddin.

Seperkara lagi, Shuib sendiri tidak sanggup barangkali tidak cukup kuat untuk meletakkan batu nisan yang tertulis nama Siti Sarah ke pusara yang dikunjunginya hampir setiap minggu itu: "Tak, saya tak boleh buat tetapi saya ada cari dan kutip batu sungai untuk diletakkan di pusara Sarah," katanya menutup perbualan.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: