22 November 2021

"INTRODUCING ADIK MUAMMAR ... MATEEN RIZQI" - TASHA MANSHAHAR



"Alhamdulillah, di hari ke-7 kelahiran putera kedua kami, dapat kami adakan majlis aqiqah dan cukur jambul dihadiri hanya keluarga terdekat siang tadi (semalam). Majlis serba ringkas tapi sangat bermakna Alhamdulillah.

Introducing adik Muammar yang kami namakan... Mateen Rizqi bin Fahrur Raqib. Semoga Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi membesar sihat, soleh, cintakan ilmu, baik budi pekerti, menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah. Aamiin," tulis penyanyi Tasha Manshahar menerusi laman Instagram miliknya.

Selepas genap tujuh hari kelahiran, Tasha telah mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul buat anak keduanya yang diberi nama 'Mateen Rizqi'.

Klik untuk gambar besar



Kata isteri kepada penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid itu, meskipun majlis tersebut dibuat secara kecil-kecilan yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat, namun, dia tetap menganggapnya sebagai momen yang sangat bermakna.

Bagaimanapun, pasangan ini sehingga kini masih belum mendedahkan wajah penuh anak lelaki itu yang dilahirkan pada 15 November lalu di Andorra Women And Children Hospital, Seri Kembangan.

Selain Mateen Rizqi, Tasha dan suami yang mendirikan rumah tangga mereka pada 8 September 2018 itu turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Muammar Rafiqi yang kini baru berusia tiga tahun.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: