21 November 2021

ISU NIKAH MUDA, INI RESPON ISTERI HAQIEM RUSLI - KEK KAHWIN UNIK, BADAN TANPA KEPALA



"Bagi saya berkahwin ketika usia masih muda atau sebaliknya tidak salah pun. Sebab ia sesuatu yang baik. Malah dalam Islam pun kita dituntut untuk menghalalkan sesebuah hubungan.

"Cuma apa yang kami minta doakan yang baik-baik, semoga hubungan kami kekal hingga ke jannah walau berkahwin pada usia yang muda, InsyaAllah," jawab isteri kepada penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli iaitu Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, yang mengharapkan doa yang baik-baik dari semua susulan perkahwinan mereka yang dibina pada usia muda.

Menurut Sofea, dia juga sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada bintang berusia 24 tahun itu. Sementara itu, Haqiem berasa lega apabila majlis ijab kabul dan resepsi sudah pun selesai dan berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.

"Apa yang kami impikan sebelum ini, yang bicarakan dulu akhirnya terjadi. Orang cakap ibarat mimpi yang menjadi kenyataan. InsyaAllah saya akan belajar untuk menjadi suami yang terbaik. Alhamdulillah perjalanan kami untuk ke fasa ini dipermudahkan," katanya.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk berdepan dengan tempias populariti suami, Sofea menjelaskan dia sedia maklum akan situasi itu.

Klik untuk gambar besar



"Saya perlu bersedia memandangkan saya mengenalinya ketika dia sudah bergelar selebriti dan berada dalam dunia glamor. Saya tiada masalah bab itu. Saya sentiasa menyokong kerjaya suami," katanya yang turut kagumi keperibadian suami.

"Dia seorang lelaki yang merendah diri meski dia selebriti yang dikenali. Bila isi masa bersamanya, saya rasa selesa. Malah saya senang dengan karektornya," jelas Sofea.

Sementara itu, kek kahwin pasangan ini telah menarik perhatian apabila bentuk yang agak unik kerana tidak mempunyai bahagian kepala sebaliknya hnaya bahagian badan sahaja.

Apa-apa pun, semoga ikatan perkahwinan Haqiem dan isterinya kekal hingga ke akhir akhir. Amin.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: