"Allahuakhbar @cikb_havoc66 positif COVID-19. Anak mama yang hebat kena kuat… Bila mama dapat tahu Cik B sah positif COVID, luruh jantung mama. Mujur mama tak rebah, mama panik, mama cuba cool kan diri, mama pujuk diri. Cik B hebat, Cik B Kuat, Cik B boleh lawan.
"Mama tidur dengan Cik B... Mama peluk, kita kongsi minum air. Alhamdulillah mama negatif sebab dah lengkap dos vaksin. Cik B pula bila nak jab dos kedua, demam. Mama ingat Cik B penat bercuti sakan. Semoga cepat sembuh. Anak mama yang hebat sangat tenang buat-buat gembira. Tak nak mama risau," itulah kata jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.
Vida juga memaklumkan beliau negatif COVID-19 walaupun dia merupakan kontak rapat Cik B. Dalam masa sama, Vida turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anaknya itu yang disahkan postif COVID-19 semalam.
Klik untuk gambar besar
Lebih meluluhkan apabila melihat Vida mengalirkan air mata dan menangis teresak-esak sewaktu memberitahu berita tersebut kepada umum di akaun Instagramnya.
Terdahulu, Cik B memaklumkan dirinya dijangkiti COVID-19 menerusi sebuah video di akaun Instagramnya. Bagaimanapun ik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu memberitahu keadaannya tidak serius dan baik-baik sahaja setakat ini.
________________________

No comments:
Post a Comment