20 November 2021

"IT'S NOT EASY UNTUK ANAK TERUNA TERIMA SAYA..." - JASMIN HAMID TAK JANGKA KAHWIN PENGURUS SENDIRI



"Kami tak pernah bercinta, orang kata bercinta selepas kahwin saja. Lagi pun dia dah jaga saya selama lapan tahun sebagai PA (pembantu peribadi), dia tahu baik dan buruk saya. Dia kata daripada saya jaga akak ni sebagai artis, baik saya jaga secara halal. Dia panggil kakak tau... sebab kita awalnya macam adik dan kakak.

"It's not easy for me. Sebab sebelum ni saya tidur sendiri sekarang saya kena share everything. Dia tahu saya ni macam harimau, jadi dia je dapat jinakkan saya. Anak semua okay sebab mereka kenal Nazmir. Mereka kata kalau mak happy, mereka pun happy. Family saya pun terima.

"Sampai sekarang saya tak percaya ni, aku tengok muka dia, dia tengok muka aku... lepas tu tanya betul ke ni? It's not easy untuk anak teruna terima saya, yang tak tahu sama ada saya boleh berikan zuriat lagi atau tidak," demikianlah tutur pelakon versatil, Jasmin Hamid yang memberitahu selepas sehari bergelar isteri kepada pengurus sendiri, dia masih seperti bermimpi kerana tidak pernah menyimpan perasaan istimewa terhadap jejaka berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Cerita Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 47, segala bermula selepas suaminya Nazmir Abd Rahim, 35, berkata mahu terus menjaganya lebih daripada seorang pengurus dan artis. Dalam pada itu, mengulas mengenai pernikahannya ini, Jasmin yang berasa gembira bergelar isteri itu meluahkan rasa syukur apabila anak-anak dapat menerima kehadiran orang baharu dalam hidup mereka sebagai bapa.

Pada Jumaat, Jasmin dan Nazmin selamat dinikahkan dalam majlis patuh prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Nazmir dan Jasmin sah bergelar suami isteri kira-kira pukul 3.30 petang disaksikan 10 individu termasuk ibu bapa dan adik-beradik Nazmir serta anak Jasmin.



Dalam majlis pernikahan tersebut, Jasmin meminta sepersalinan kelengkapan ibadat, mas kahwin RM80 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan. Rata-rata netizen juga memuji tindakan pelakon tersebut yang tidak membebankan suami dengan meminta hantaran yang tinggi sebaliknya memudahkan segala urusan.

"RM80 tu saya ikut nilai di Wilayah Persekutuan dan minta sepersalinan alat solat sebab benda tu saya pakai. Kalau dia nak bagi cincin atau benda-benda lain, semua tu saya dah ada... saya tak pakai.

"Orang kata ukur baju di badan sendiri saya tahu kerja dia sebagai apa. Kalau dia nak ke level saya susah la untuk dia. Rezeki di tangan Allah, dia pun bukan datang daripada keluarga kaya. Malah kalau dia kaya sekalipun saya akan tetap minta itu juga," ujarnya.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: