20 November 2021

IQBAL KECEWA DENGAN KECAMAN NETIZEN BAWA DIRI KE LUAR NEGARA?



Mungkin kecewa dengan kecaman diterima tidak henti-henti, usahawan sensasi, Ahmad Iqbal menerusi satu perkongsian di Insta Story semalam telah memuat naik fotonya berada di lapangan terbang. Timbul tanda tanya adakah usahawan itu bakal tinggal di luar negara.

Ini kerana sebelum ini, Iqbal pernah berkata dia merasakan sudah tidak sesuai lagi untuk menetap di Malaysia apabila ada sahaja netizen yang kurang senang dengan dirinya sehingga ada yang menyunting wajahnya menjadi anjing dan babi.

Bukan itu sahaja, malah tindakan individu yang menyunting wajahnya dengan tubuh lelaki lain yang hanya berseluar dalam disifatkan sangat melampau.

Tidak dinyatakan destinasi dituju, Iqbal berkata mungkin dia akan tinggal lama di sana atau akan membeli rumah di negara tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Saya belum sampai ke destinasi (negara) yang sepatutnya saya jejak kerana ada sedikit perkara perlu kemaskan untuk bertempat di sana. Negara apa, saya rahsiakan selagi belum tiba di sana.

"Jadi sementara itu, semalam saya pergi ke tempat lain yang berdekatan terlebih dahulu untuk bersantai. Sekarang saya tiba di Kuala Lumpur dan bergegas uruskan banyak perkara.

"Kali ini saya bawa 5 bagasi besar (berat lebih 100KG), tidak pasti berapa lama saya di negara tersebut. Mungkin hanya dua minggu. Mungkin 3 bulan atau lebih lama, saya ikut gerak hati. Sambil itu saya terfikir untuk membeli rumah di sana," tulisnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: