21 November 2021

SEKALI LAFAZ - PUTERI AISHAH SAH ISTERI MUHAMMAD FIRDAUS



Pada 11.15 pagi tadi, pelakon Puteri Aishah, 27, kini telah pun sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 28, dengan sekali lafaz, selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan mempelai itu melangsungkan majlis akad nikah mereka secara tertutup yang dihadiri keluarga di Ballroom, Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Puteri Aishah atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikah oleh jurunikah Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapanya, Sulaiman Abd. Rahman.

Puteri Aishah ketika ditemui media meluahkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Dalam pada itu, Puteri mendedahkan hatinya terpikat dengan Firdaus yang memiliki setiap ciri-ciri lelaki idamannya.

"Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

Klik untuk gambar besar



"Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artist yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu. Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan.

"Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin," kata Puteri Aishah yang sebelum ini berkongsi foto pra perkahwinannya menerusi laman Instagram miliknya.

Jurugambar rasmi iaitu CST Production turut berkongsi beberapa foto pernikahan pasangan tersebut yang mengenakan busana putih rekaan Rizman Ruzaini. Majlis akad nikah yang bertemakan konsep 'From Dawn To Dusk' itu mendapat sentuhan daripada reta Teemor.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: