21 November 2021

SUAMI NAFI DERA EMOSI & FIZIKAL NYNAA HARIZAL - ADA BUKTI KEMESRAAN



Mengakui sehingga kini dia belum berjaya mendengar sendiri pengakuan daripada mulut isterinya, suami pelakon Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi memaklumkan dia rela untuk melepaskan isterinya jika mengikut prosedur yang betul.

Kata Fahmi lagi, dia turut meminta isterinya untuk berjumpa dan berbincang kerana dia sebagai suami akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian. Dalam pada itu, Fahmi berkata tindakan isterinya meminta untuk bercerai disifatkan sangat mendadak serta berharap rumah tangga yang baru dibina selama tiga bulan itu dapat diselamatkan.

"Saya lelaki, kalau perempuan sudah tak nak, untuk apa saya mahu terus kekal berada dalam perhubungan itu. Tetapi sebagai suami, saya akan berusaha cari jalan penyelesaian. Datanglah berjumpa saya, berbincang di rumah yang kita duduki selepas berkahwin. Bukan di rumah keluarga dia atau keluarga saya. Kalau tidak, jumpa di luar pun tak apa.

"Berbincang untuk cari jalan penyelesaian bersama. Kalau betul nak cerai, buat cara baik. Dia failkan penceraian cara baik, tetapi tindakannya tidak seiring. Antara alasan Nynaa untuk bercerai adalah kami tiada persefahaman dan saya telah menderanya secara emosi dan fizikal.

Klik untuk gambar besar



"Kami baharu dua bulan berkahwin, semuanya masih manis lagi. Kami tak pernah bertengkar atau bergaduh besar. Saya tak pernah menghalangnya untuk keluar bekerja, termasuk berjumpa rakan," katanya.

Fahmi berkata dia mempunyai bukti kemesraan mereka sepanjang tempoh kehidupan berumah tangga. Malah, sebelum isterinya dibawa ke Johor mereka masih mesej seperti biasa.

"Malah enam jam sebelum Nynaa di bawa ke Johor, kami masih bermesej seperti biasa. Dia (Nynaa) siap tanya saya sama ada nak makan kerana dia nak bungkuskan makanan yang banyak di lokasi. Cuma, peguam nasihatkan saya tak dedahkan semua itu kerana tak mahu mengganggu prosiding mahkamah. Tiba masanya, saya akan kongsikan agar semua orang boleh menilai," ujarnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: