09 November 2021

KENA 'SOUND' SAMPAI DIKATA 'BERUK' - AYU DAMIT BIDAS: "APA-APA JADI KAU NAK TANGGUNG?"



Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit sebelum ini pernah mengeluarkan pendapatnya berhubung pemberian vaksin terhadap kanak-kanak. Namun begitu, perkongsiannya itu seolah-olah disindir oleh seorang pengguna Instagram.

Komen terbabit mendapat perhatian Ayu Damit yang tampil menempelak individu berkenaan. Jelas Ayu, anak-anaknya memang mempunyai daya tahan badan agak lemah dan perlu menunggu keputusan laporan kesihatan mereka sebelum menerima vaksinasi bagi mengekang penularan Covid-19.

"Saya ni bukan anti vaksin. Saya dan suami pun dah lengkap 2 dos. Tapi saya sebagai penjaga kena fikir juga. Saya tak kata pun tak bagi anak-anak cucuk!! (vaksin). Cuba baca artikel itu betul-betul.

"Dan anak saya memang anti-bodi dia lemah jadi kau nak cakap apa. Kalau jadi apa-apa kau nak tanggung ke? Nanti masing-masing cakap ini takdir kena terima.

Klik untuk gambar besar



"Sebelum jadi apa-apa saya buatlah 'medical check up' untuk anak-anak saya. Saya tengah tunggulah ni result dari doktor. Kalau okay saya cucuk. Kalau tak okay saya cucuk hidung kau," tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi yang sinonim menerusi lagu 'Hanya Di Mercu' ini menerusi Insta Stories. Pada masa sama, Ayu Damit turut memaklumkan, apa yang dilakukan adalah sebagai ikhtiar dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

"'Bukan mati pun' katanya. Memang itu semua takdir Allah SWT. Tapi saya ni ibu, anak-anak pun masih ada bapa. Tak salah untuk kami nak yang terbaik untuk anak.



"Kalaulah awk jadi ibu atau bapa lepas ni, kalau orang cakap benda sama awk terkilan tak? Saya bukan anti atau tolak org yg tak ambik vaksin juga. Tapi ini sebagai ikhtiar saya untuk anak-anak.

"Kalau aku cakap 'anak aku, suka hati akulah'. Pun akan ada yang tak puas hati kan? Tak faham kadang setengah manusia ni. Kau nak apa sebenarnya!?," kata Ayu Damit lagi.

Malah menerusi status berlainan, bekas peserta One In A Milion (OIAM) dan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu turut memuat naik tangkap layar komen lain iaitu 'Beruk2 artis semua perangai macam ni ke.'



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: