15 November 2021

KENAPA RAMAI BENCI BABY SHIMA? PENYANYI ITU AKUI TAK KUAT



"Kadang terfikir juga kenapa ramai benci Shima. Sedangkan, Shima tak pernah kacau orang lain. Tak pernah kacau rumah tangga orang, keluarga orang. Tak pernah juga minta duit mak ayah anda semua. Tak pernah!" demikian luah penyanyi Baby Shima.

Ia berikutan dakwanya yang dia rasa hairan kenapa begitu ramai orang yang membenci dirinya sejak belakangan ini.

"Anda boleh memalsukan senyuman, tetapi tidak perasaan," tambah Shima menerusi satu hantaran mengenai bayangan perasaannya di IG.

"Terus-terang Shima cakap, Shima dah tak kuat dengan apa yang dilalui sekarang. Boleh tak kamu semua rasakan apa yang Shima rasa?" soalnya.

Klik untuk gambar besar



Selanjutnya, meskipun ada yang memberi semangat agar dia terus kuat termasuk rakan artis seperti Wani Kayrie, komposer dan penyanyi, Harry Khalifah atau Apak dan pelakon, Erry Putra... namun ada juga netizen yang berterus terang mendakwa antara punca Shima dibenci kerana gelagatnya di media sosial.

Eh... Betul ke? Agak-agak gelagat yang macamana tu ya? 🤔



Sumber & foto: Baby Shima IG

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: