29 November 2021

RAIH MARKAH TERTINGGI LAGI - NETIZEN RAMAL ALIFF AZIZ BAKAL JUARA GV8



Nampaknya penyanyi yang berasal daripada Singapura iaitu Aliff Aziz sekali lagi meraih kedudukan pertama apabila memperoleh markah tertinggi iaitu sebanyak 81 peratus meninggalkan 12 peserta lain, di minggu kedua konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.

Dalam konsert tersebut, Aliff mendendangkan lagu kumpulan popular Indonesia, Padi berjudul 'Kasih Tak Sampai' sehingga mendapat pujian Datuk Ramli MS yang disifatkan sebagai dinamik.

Di media sosia, rata-rata netizen memuji kehebatan vokal Aliff apabila menyampaikan lagu sehingga masuk ke jiwa. Malah, ada yang mengatakan mereka menonton GV kerana Aliff.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ramai meramalkan Aliff bakal bergelar juara apatah lagi sudah dua minggu berturut-turut mendapat markah tertinggi. Kata netizen lagi, jika malam tadi adalah malam pentas akhir sudah tentu Aliff bergelar juara.

Sementara itu, netizen berkata meskipun sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi panas namun suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu membuktikan dia sememangnya berbakat.

Pada konsert minggu ketiga GV8 minggu hadapan, Aliff yang juga seorang pelakon itu bakal mempersembahkan lagu 'Kasihnya Laila' nyanyian kumpulan Jinbara.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: