29 November 2021

AL-FATIHAH - ISTERI KID SEARCH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah kami ucapkan kepada pemain gitar kumpulan Search, Kid atas pemergian isterinya iaitu Noraznin Yusof, 55, yang disahkan meninggal dunia akibat kanser darah atau leukemia tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, di sini, pada pagi hari ini.

Abang kepada Kid juga anggota Search iaitu Din atau nama sebenarnya Nordin Mohd Taib ketika dihubungi berkata, Noraznin sudah setahun ditempatkan dan dirawat di hospital itu.

"Arwah dikesan menghidap penyakit itu pada Disember tahun lalu. Ketika itu didapati kanser sudah berada pada tahap empat. Sejak itu dia menjalani rawatan di sana.

"Selama dirawat ahli keluarga memang tidak boleh melawat kerana prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ekoran pandemik Covid-19. Kalau ada pun suami saja dibenarkan atas permintaan isterinya. Subuh tadi arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi suaminya," katanya kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan jenazah dimandi dan dikafankan pada jam 12 tengah tadi. Jenazah dibawa ke Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi untuk disembahyangkan selepas solat Zohor di masjid sama.

Terdahulu, Kid memaklumkan Aznin turut mengalami jangkitan pada paru-paru dan terpaksa dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM sejak awal Jun lalu dan sedar sembilan hari kemudian. Menurut Kid, isterinya perlu menjalani rawatan kimoterapi dengan anggaran kos RM60,000.

Untuk makluman, Kid dan Aznin memiliki dua anak di mana anak sulung mereka, Deanda sudah bekerja manakala anak bongsu, Aaqil Naquidean bersekolah di Tingkatan Lima.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: