29 November 2021

BILA AAISYAH DHIA RANA SAMBUT BIRTHDAY KE-7 DENGAN TUJUH BIJI KEK



"7 tahun, 7 birthday kek. Pengsan mak hang @aaisyahdhiarana111," demikian tulis pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mengenai sambutan ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana yang ke-7 apabila meraikannya dengan tujuh biji kek.

Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, 48, telah berkongsi momen-momen sambutan hari lahir anak perempuannya itu untuk tatapan umum, menerusi laman sosial Instagram.

Majlis yang diadakan di sebuah hotel mewah di ibu negara itu, Aaisyah kelihatan cukup menyerlah apabila mengenakan gaun labuh biru dengan solekan di wajahnya.

Antara kek yang disediakan adalah berbentuk sangkar, kek dua tingkat, kek dengan hiasan bunga ros, kek dengan hiasan huruf A dan banyak lagi.

Klik untuk gambar besar



Majlis dengan tema warna biru dan merah jambu itu juga turut diraikan oleh Zain Saidin, 37; kedua-dua abang Aaisyah, Ammar Affendy, 25, dan Aniq Ezzra, 23; serta adik-beradik Che Ta yang lain.

Sementara itu, di ruangan komen, tujuh kek hari jadi Aaisyah itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya menyokong tindakan tersebut memandangkan Aaisyah anak bongsu seorang.

Tidak kurang juga ramai yang menitipkan ucapan hari lahir buat Aaisyah beserta dengan doa yang baik-baik.




























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: