Klip uji bakat penyanyi Andi Bernadee ketika One In A Million telah kembali dikongsikan oleh wargamaya menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini.
Namun wajah penyanyi lagu 'Satu Peluang' ini telah menarik perhatian apabila dikatakan mirip karakter dalam cerita kartun Doraemon iaitu Suneo.
Menerusi proses uji bakat berkenaan, Andi menyanyikan lagi 'It Might Be You' yang pernah dipopularkan oleh Stephen Bishop.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, sejak usia remaja, penyanyi asal Kota Kinabalu, Sabah itu kerap menyertai pelbagai uji bakat pertandingan nyanyian antaranya Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million dan juga Big Stage. Namun, nasib tidak menyebelahinya.
Andi bagaimanapun tidak berputus asa sehinggalah namanya mula dikenali dalam industri seni selepas dia menerbitkan lagu berjudul 'Donde'.
KLIP UJI BAKAT ANDI BERNADEE KETIKA ONE IN A MILLION
________________________

No comments:
Post a Comment