29 November 2021

RITA TAK KISAH ANAK-ANAK DILABEL MALANG, MALAH BERSYUKUR DIKATA 'BODOH'



"Depa dok kata.. Malang sungguh nasib Ryan dan Arjuna dapat mak bodo tak cucuk v@ks1n. Tu lah betul laa. Nasib baik Tuhan jadikan sistur seorang mak yang bodo tak serah badan dan anak-anak untuk ujikaji. Sisturr syukur sangat jadi bodo betholl," itulah tulis pelakon Rita Rudaini menerusi satu perkongsian di Insta Story milikknya.

Nama Rita sekali lagi menjadi bualan ramai apabila kali ini meluahkan perasaan tentang anak-anaknya yang dikatakan bernasib malang mempunyai ibu yang enggan div@ks1n sepertinya.

Dalam hantaran tersebut, Rita bergurau bahawa dia bersetuju dengan tuduhan netizen mengenai nasib kedua anak-anak lelakinya, Ryan dan Arjuna.

Kata Rita lagi, dia mengakui dirinya bernasib baik kerana tidak divaksin dan meluahkan rasa syukur kerana masih 'bodoh' tidak membiarkan anak-anaknya dijadikan bahan ujikaji.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: