29 November 2021

INI JAWAPAN FAZLEY YAAKOB BILA DIDOAKAN TERSINGKIR AWAL DI PENTAS GV8



Penyanyi Datuk Fazley Yaakob atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob nampaknya sudah dua minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga tercorot dalam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Dek kerana itu, Fazley memberitahu dia terbuka menerima komen netizen yang mendoakan dia tersingkir dari konsert Gegar Vaganza lapan (GV8). Menganggap dirinya masih mendapat perhatian di GV8, Fazley berkata penonton bebas untuk memberi kritikan.

"Apabila ke pentas GV minggu pertama saya dah buka minda dan saya tak tutup pun ruang komen, saya benarkan mereka untuk kritik, mengeji dan sebagainya.

"Bila di pentas GV kita milik mutlak penonton, hak mereka untuk menilai. Jadi bila ada orang minta kita terkeluar, maknanya orang ambil peduli untuk apa yang kita buat. Kalau orang tak nak pilih siapa yang mereka nak keluar maknanya saya tak tonjolkan apa-apa di pentas GV," kata Fazley kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Menerusi minggu kedua GV8, Fazley menyanyikan lagu 'Laguku Untukmu'. Malam itu menyaksikan Fazley berada di kedudukan kedua terbawah dengan markah sebanyak 56 peratus.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Asmara Ini' itu mengakui nyanyiannya kurang menyengat disebabkan sudah 10 tahun tidak beraksi di pentas besar. Bagaimanapun, Fazley yang juga seorang cef selebriti ini tetap akan berasa gembira sekiranya tersingkir di konsert seterusnya.

"Saya dah jelaskan 10 tahun tak menyanyi, dah bertahun-tahun tak nak masuk GV, tapi kali ini saya masuk untuk anak perempuan saya. Kalau saya tersingkir pun, saya tetap akan berasa happy sebab saya dah buat apa yang saya nak buat," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: