29 November 2021

TERLANTAR DI HOSPITAL - ROY MASIH TAK BOLEH BANGUN



"Dia masih lagi ditahan di KPJ Tawakal Kuala Lumpur bahagian rehabilitasi. Roy masih tak boleh bangun. Kaki kiri dan tangan kiri tak boleh bergerak sebab tulang punggung retak dan tangan patah.

"Keadaannya sedar dan boleh bercakap. Cuma doktor cakap ia akan mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk pulih," demikian kata isteri penyanyi Roy, 57, iaitu Linda mengenai keadaan suaminya yang masih terlantar dan belum boleh bangun selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini, sejak lebih tiga minggu lalu.

Tambah Linda atau nama sebenarnya Haslinda Abdul Rahman, 56, suaminya yang merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6) itu kememerlukan masa beberapa minggu lagi untuk pulih daripada kecederaan dialami.

Sebelum ini, penyanyi lagu 'Ratnaku' itu dilaporkan telah terlantar di hospital sejak tiga minggu lalu akibat terjatuh ketika hendak mengambil wuduk. Roy dikhabarkan mengalami retak di antara sambungan tulang pinggul. Bukan itu sahaja, malah sambungan tulang bahunya turut retak dan terkehel.

Januari lalu, Roy pernah dijangkiti wabak tahap empat dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Selepas seminggu menjalani rawatan, dia kembali sembuh dan kemudian meneruskan kerjaya rutinnya sebagai 'buskers' di sebuah pusat beli-belah di Setiawangsa, di sini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: