29 November 2021

"SAYA MAHU BANGKIT SEMULA DENGAN CERITA YANG ADA FATHIA..." - ZIELA JALIL



"Banyak masalah dalaman, kan sudah dua tahun kita tidak berkerja. Hanya Allah saja yang tahu, saya kena selesaikan satu persatu. Macam mana pun kita kena menghadapinya dengan tabah, selepas selesai InsyaAllah kita bangkit semula. InsyaAllah, pasti... kena buat filemlah, kalau drama nanti stesen TV tak beli.

"Doakan Pena Creative bangkit semula dan dapat terbitkan drama berkualiti," ujar produser dan pelakon Datuk Ziela Jalil yang mendedahkan sedang dalam usaha menyelesaikan beberapa masalah dalaman syarikatnya Pena Creative sebelum kembali aktif, selepas dua ahun berehat daripada bidang penerbitan drama.

Tidak berkongsi secara terperinci, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil, 51, berkata, dia menghadapi ujian yang datang itu dengan tabah dan cuba mengatasinya satu persatu. Selain itu, ketika ditanya mengenai rancangan untuk menerbitkan drama berdasarkan kisah hidupnya, Ziela berkata, dia akan memikirkan hal itu selepas syarikatnya bangkit semula.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, mengulas tentang Fathia Latif yang pernah membintangi beberapa drama popular produksinya, Ziela berkata pelakon yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi itu wajar diberi peluang untuk kembali dalam industri seni. Kata Ziela, Fathia merupakan seorang pelakon yang sangat berbakat dan pernah berjasa memberi rating yang tinggi kepada stesen televisyen.

"Saya sayang dia, dia baik dan sangat menghormati orang lain. Bagi saya suatu masa semua kita akan hadapi dugaan. Kalau saya bangkit semula saya mahu kembali dengan cerita yang ada Fathia dan karya yang sangat bagus. Bagi saya tidak adil untuk menilai dia dan perlu bagi peluang. Kalau kita educate penonton mereka pun akan terima. Tak adil hukum dia, dia dah berubah nak jadi baik. Fathia pernah bagi stesen televisyen bisnes (rating drama)," jelasnya.


Sementara itu, mengulas soal isu hangat berkaitan pemilihan pelakon berdasarkan populariti pengikut Instagram, Ziela berkata dia sama sekali tidak setuju. Dia percaya seseoranh pelakon perlu dilihat pada bakat dan ilmu terlebih dahulu berbanding pengikut di laman sosial.

Ziela yang pernah membintangi filem 'Mr Os', 'Perawan Malam, Ujang, Harry Boy, Kayangan' dan banyak lagi itu sama sekali menolak pelakon yang menyusahkan produksi dan tidak dapat memberikan lakonan yang baik seperti dimahukan pengarah.

"Pelakon perlu ada ilmu, saya mahu pelakon itu pergi set tahu apa karakter dia. Bukan datang tercengang tidak hafal skrip. Perkara yang menyusahkan produksi saya tidak mahu. Bagi saya kalau itu permintaan pihak stesen televisyen kita masih boleh bincang," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: