29 November 2021

CIK B AKHIRNYA BEBAS WABAK - VIDA CABAR IQBAL CARI WANITA GENIT-GENIT MANJA MACAM DIA



"Akhirnya Cik B dah bebas daripada Covid-19, Alhamdulillah proses penyembuhan sangat cepat dan saya sangat bersyukur," itulah kata jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang bersyukur apabila anak perempuannya, Cik B telah kembali pulih selepas dijangkiti wabak.

Sementara itu, semua sedia maklum mengenai usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli yang membawa diri ke Indonesia kerana 'merajuk'. Ditanya berhubung perkara tersebut, Vida mempersoalkan kemampuan bekas pembantu peribadinya itu dalam mencari pengganti.

Ujar penyanyi lagu 'I Am Me' itu, dia yakin Iqbal tidak berjaya menemui penganti baharu di negara seberang itu lebih-lebih lagi wanita yang seperti dirinya.

"Kata dia nak cari penganti di Indonesia, tapi boleh ke nak cari penganti macam aku? Saya rupawan dan genit-genit manja. Kau mampu nak cari pengganti seperti aku? Tidak sekali-kali! Sekarang saya enjoy dengan kehidupan saya," katanya kepada mStar.

Klik untuk gambar besar











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: