30 November 2021

"USTAZ KATA SAYA KENA GANGGUAN..." - JUMPA JARUM & SYILING , DAI SYED KENA SIHIR?



"Ya, saya ada pergi berubat, ustaz kata saya kena gangguan dan saya diberikan air bacaan surah Yasin dan air garam. Gangguan itu menjadikan saya stress, malas kerja, kusut kepala, tak boleh bagi komitmen sebab terlalu serabut dan tak boleh tidur malam. Rawatan itu saya lakukan bersama tiga ustaz berdekatan rumah saya, Kajang dan salah seorang lagi melalui atas talian.

"Ustaz kata yang hantar perempuan, tapi lebih baik saya tak tahu siapa. Sebelum ini saya jumpa jarum di dalam bilik dekat rak baju saya. Peliknya sebab jarum tu tak pernah ada situ, tiba-tiba terjumpa. Adik saya jumpa duit syiling dan dia ambil. Lepas tu saya hubungi ustaz untuk scan rumah saya, katanya dalam bilik, depan rumah dan dalam kereta ada 'benda' itu.

"Dia bagi kita rasa malas, sekat tak bagi kita kerja," demikianlah kata pendakwah bebas, Da'i Syed Iqbal yang mendedahkan dia kini sedang mendapatkan rawatan perubatan Islamik bersama tiga orang ustaz bagi merawat gangguan sihir yang dialaminya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Syed, sihir tersebut dihantar oleh seorang wanita menyebabkan dirinya seperti tertekan, malas dan serabut. Disebabkan itu juga, dia menjadi malas bekerja dan tidak boleh tidur malam.

Kata Syed lagi, gangguan itu bermula pada Februari lalu selepas dia menemui jarum di dalam bilik tidurnya. Malah, adiknya juga turut terjumpa duit syiling pelik di depan rumah.

Siapalah agaknya wanita yang tidak berpuas hati atau mungkin berdendam dengan Da'i Syed. Apa pun, semoga urusan Da'i Syed dipermudahkan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: