14 November 2021

RAMAI PELIK UNDIAN JANNA NICK 86 JUTA, SEDANGKAN RAKYAT MALAYSIA 32 JUTA



"Saya memang sangat terkejut apabila dapat tahu keputusan ni, perkataan pertama keluar dari mulut saya ialah Astaghfirullahalazim. Terlalu banyak sangat, saya pun tak percaya dengan jumlah undian tersebut. Tapi mungkin dari negara jiran kot," itulah jawab pelakon Janna Nick apabila ramai yang mempertikaikan kesahihan lebih 86 juta undi yang diperolehnya itu sehingga merangkul gelaran Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34).

Dianggap seperti peribahasa rumah siap tapi pahat berbunyi, Janna trending di Twitter gara-gara netizen melahirkan rasa kurang senang dengan angka tersebut. Rata-rata netizen hairan bagaimana Janna mampu meraih undi sebanyak itu walaupun dia terpalit dengan beberapa siri kontroversi sepanjang tahun ini.

"Dia miliki peminat yang macam mana? Bagaimana anda undi dia sebanyak 86 juta kali? Sejujurnya saya sangat terkejut!" - "Janna Nick buat ABPBH jadi bosan, maafkan saya. Permainan populariti begini sudah tiada prestij." - "Tahun ini dia sumbangkan lebih banyak kontroversi berbanding kerja seni. Pada era ini orang memilih bukan berdasarkan kebijakan sebaliknya perang sesama peminat," kata beberapa netizen di Twitter.

Kata Janna yang melahirkan rasa terkejut, angka 86,374,777 undi juga mungkin disebabkan para peminatnya dari negara jiran yang turut serta melalukan undian secara dalam talian. Tambah Janna yang turut merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular, kejayaan dia itu sudah tentu hasil daripada kerja keras kelab peminatnya dikenali sebagai Janna Nicker.

Klik untuk gambar besar



"Saya yakin fan club merasakan kesedihan dan rasa kecewa seperti yang saya rasakan. Saya rasa mereka balas dendam dan luahan rasa mereka kepada saya supaya jangan putus asa. Saya sangat terkejut dengan apa yang mereka buat ni," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 26,berkata kejayaannya itu akan dijadikan pembakar semangat untuk dia terus terlibat dalam bidang seni.

"Rasanya ini juga memberi semangat untuk saya. Saya akan gunakan platform saya untuk menginspirasikan orang ramai dan menyebarkan perkara positif. Saya nak buang Janna Nick yang dulu... yang selalu terpalit dengan kontroversi. Saya rasa ini adalah peluang untuk saya mulakan balik kerjaya," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: