Siasatan berhubung kes gangguan seksual melibatkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew seperti didakwa sesetengah pihak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya tidak pernah menutup kes tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan terhadap pendakwah itu masih diteruskan.
"Ingin ditegaskan kes ini tidak pernah ditutup dan tidak pernah ada rujukan untuk NFA. Siasatan masih diteruskan dan pihak polis sentiasa mengalukan maklumat-maklumat bagi membantu siasatan," katanya.
Pada 1 Oktober lalu, Ebit Lew dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi diambil keterangan. Pendakwah berusia 37 tahun itu hadir bersama isterinya untuk disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment